Monday, May 18, 2009

PERTANDINGAN PENGISAHAN KENEGARAAN 2009 PERINGKAT NEGERI SARAWAK


Pertandingan Pengisahan Kenegaraan 2009 Peringkat Negeri Sarawak telah diadakan di Dewan Masyarakat Daerah Meradong pada 17 Mei. Seramai 5 kumpulan peserta telah mengambil bahagian iaitu dari daerah Sarikei, Saratok, Bintulu, Limbang dan Lawas. Tetamu kehormat yang dijemput merupakan YB Dato Sri Asfia Bin Awg Nassar, Speaker DUN Sarawak merangkap ADUN N.36 Semop, YB Abu Seman Jahwie, ADUN N. 38 Jamoreng, merupakan Setiausaha Politik Kepada ketua Menteri Sarawak, En. Resat Bin Salleh, Pengarah Penerangan Sarawak, Residen Bhagian Sarikei, Timbalan Pengarah Penerangan Sarawak, Pegawai Daerah Meradong, Ketua -ketua Jabatan serta ketua masyarakat.


Persembahan Kompang Berformasi dari SMK Bandar Bintangor memukau tetamu kehormat seblum masuk ke dewan.



Persembahan Beramban merupakan upacara adat kaum Iban sebagai tanda memperkenalkan para peserta pertanding telah dipersembahkan oleh ahli Komuniti Bestari Mador Ili dan Komuniti Bestari dari daerah Julau.


Pertandingan Mewarna dijalankan di luar dewan.



Sebahagian besar penonton yang membanjiri dewan.


Persembahan kebudayaan oleh Komuniti Bestari Kpg. Melayu Bintangor.



Kumpulan Generasiku dari Lawas telah menjadi Johan Pertandingan Pengisahan Kenegaraan 2008 Peringkat Negeri Sarawak yang mengisahkan kisah Rosli Dhobi.


Sekalung Tahniah kepada para pemenang.....JUMPA LAGIK........


Sunday, February 15, 2009

MENGENALI MERADONG

Daerah Meradong mendapat namanya daripada Sungai Meradong yang mengalir di merentasi daerah ini. Pekan Bintangor adalah pusat pentadbiran daerah Meradong. Kedudukan Pekan Bintangor yang berhampiran dengan dua buah bandar utama iaitu bandar Sarikei dan bandar Sibu masing-masing sejauh 15 km dan 55 km sedikit sebanyak menyumbang kepada pembangunan daerah ini yang terkenal dengan jolokan “bandar limau” di negeri ini

Daerah ini dahulunya dikenali sebagai Daerah Kecil Binatang sejak tahun 1930an lagi. Sebuah Pejabat Daerah Kecil (bangunan papan) dibina di atas sebuah bukit (di Jalan Mahkamah sekarang) bertindak sebagai pusat pentadbiran bagi daerah ini ketika itu. Ia telah dinaiktaraf sebagai daerah penuh pada tahun 1948. Menurut cerita masyarakat di sini, asal–usul nama “Binatang” pada daerah ini adalah berikutan satu masa dahulu kawasan ini menjadi tumpuan dan tempat berkumpul binatang seperti monyet, pelanduk dan sebagainya yang sering berkumpul di sini. Maka kawasan ini yang masih dilitupi hutan belantara ketika itu pun dinamakan “Binatang”. Perubahan nama “Binatang” ke “Bintangor” hanya dilakukan pada tahun 1973 apabila Sarikei dinaiktaraf ke Bahagian yang diambil sempena nama pokok Bintangor yang banyak didapati di sini pada ketika itu. Pokok Bintangor dipercayai boleh menjadi penawar Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS).

Tarikan Meradong

Mercu tanda daerah Meradong adalah “ Limau Bintangor” yang anda boleh lihat sendiri di Pekan Bintangor. Limau Bintangor adalah tarikan utama bagi daerah Meradong ini dengan kebanyakannya ditanam di sepanjang kawasan pinggir sungai dan di sepanjang jalan menuju ke Pekan Bintangor ini.

Satu lagi tarikan terkini daerah Meradong adalah jambatan yang berwarna merah merentasi Sungai Meradong yang lebih dikenali di kalangan masyarakat tempatan sebagai “Meradong Red Bridge”. Selain itu, Kueh Tupi Sago antara makanan tradisional yang diperbuat dari-pada sagu juga satu tarikan bagi daerah ini yang unik.

Daerah ini juga terkenal dengan limau susu yang sering mendapat permintaan tinggi di kalangan pengemar buah tersebut. Begitu juga dengan limau pamelo yang banyak didapati di sini.

Meradong dan Masyarakatnya

Penduduk

Daerah Meradong terdiri daripada kaum Iban, Melayu, Melanau, Cina dan lain-lain. Berdasarkan Banci penduduk pada tahun 2000 jumlah penduduk di Daerah Meradong adalah 29,917 orang. Selepas Persempadanan Semula pada tahun 2002, jumlah penduduk kini adalah berjumlah 24,368 orang. Kebanyakan penduduk di sini terlibat dalam kegiatan pertanian seperti penanaman lada, padi, limau, kelapa sawit, getah, koko. Selain itu mereka juga menternak ayam, lembu dan kambing. Ada juga yang terlibat dalam industri pembalakkan. Mereka yang tinggal di bandar pula menjalankan perniagaan dan ada juga yang berkerja di industri perkilangan (kilang papan lapis).

Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di sini adalah satu-satunya PPK yang memiliki dan mengurus mini estet padi berkelompok seluas 400 hektar di Bundong Sian, Bintangor. Projek ini telah memberikan peluang pekerjaan dan pendapatan tetap kepada 129 orang peserta Pengeluaran Pertanian Pada tahun lepas, daerah ini telah mengeluarkan kira-kira 2,916 tan (padi sawah) dan 460 tan (padi bukit) manakala bagi pengeluaran limau pula sebanyak 2,710 tan (limau susu) dan 1,355 tan (limau bintangor).

Kebanyakannya bagi memenuhi pasaran tempatan. Selain itu, jumlah pengeluaran bagi tanaman lada 2,376 tan manakala bagi pengeluaran sayur-sayuran pula sebanyak 10 tan.

Jaringan Pengangkutan Yang Baik

Anda boleh menggunakan kenderaan persendirian ataupun pengangkutan awam seperti bas dari Pekan Bintangor ke Sarikei yang mengambil masa perjalanan selama setengah jam atau 44 km dan begitu juga kalau hendak ke Sibu yang mengambil masa lebih daripada setengah jam perjalanan atau sejauh 55 km sekiranya anda menggunakan jalan Lanang.

Pengangkutan sungai seperti perahu panjang dan bot persendirian masih digunakan penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran sungai untuk datang ke Pekan Bintangor.

Kemudahan

Sebahagian besar penduduk di daerah ini menerima kemudahan bekalan air bersih, begitu juga dengan bekalan elektrik. Kemudahan telefon pula kebanyakannya bertumpu di kawasan Pekan. Di daerah Meradong, aspek pendidikan tidak pernah diabaikan. Daerah Meradong juga telah melahir ramai tokoh pendidik yang telah mendapat pendidikan contohnya di Maktab Perguruan Rajang yang terletak di Jalan KJD iaitu 16 km dari Pekan Bintangor.

Maktab Perguruan Rajang, yang diwujudkan melalui Rancangan Columbo pada tahun 1967 adalah hasil kerjasama antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan New Zealand telah berjaya menyumbangkan kepada kemajuan pendidikan terutamanya di Wilayah Tengah Sarawak sehingga ke hari ini.

Pendidikan pra-sekolah juga dititikberatkan di sini dengan 11 buah tadika yang dikendalikan pihak KEMAS dan empat buah tadika yang dikendalikan pihak
swasta. Setakat ini, terdapat 27 sekolah kebangsaan yang mana 10 daripadanya adalah sekolah berasrama. Bagi sekolah jenis kebangsaan pula terdapat 15 buah dan hanya sebuah sekolah kebangsaan (Bantuan Mission). Terdapat dua buah sekolah menengah kebangsaan (SMK) iaitu SMK Maradong dan SMK Bandar Maradong manakala dua buah sekolah menengah bantuan (SMB), iaitu SMB Kai Chung dan SMB Tong Hua.

Projek Pembangunan

Sebanyak 339 buah projek kemudahan sosial di bawah peruntukan persekutuan dan 123 buah projek di bawah peruntukan negeri telah dilaksanakan setakat ini.

JAWATANKUASA 2007/09

Jawatankuasa Komuniti Bestari – Kampung Sg. Mador Ili, Bintangor

Pengerusi - Paing Ak. Bayong

Timb.Pengerusi - Ubong Ak. Upong

Setiausaha - Doris Ak Insang

Bendahari - Bintang Ak Ganai

Juruaudit - Sudau Ak Bangus

SELAMAT DATAI

Kampung Mador Ili Bintangor adalah Komuniti Bestari kawasan penempatan kaum Iban. Terletak di kawasan Parlimen P.208 Sarikei dan kawasan Dewan Undangan Negeri N.40 Meradong. Penubuhan Komuniti Bestari pada 4.01.07 secara protem dan secara rasminya pada 13.05.07. Kedudukan kampung Mador Ili adalah sejauh 25 km dari Pekan Bintangor. Komuniti Bestari ini masih lagi mengekalkan AJK asal yang dipengerusikan oleh En. Paing Ak. Bayong. Setakat ini Komuniti Bestari Kpg. Mador Ili telah banyak melaksanakan pelbagai program dengan menunjukkan minat dan kerjasama yang baik dalam setiap perkara dalam membangunkan Komuniti Bestari ini.